Friday, December 18, 2009

Bahan Bantu Mengajar..

Ini di antara BBM yang boleh digunakan semasa mengajar tajuk 'Keluarga Saya'.








Gunakan pokok keluarga
untuk menerangkan kedudukan
seseorang di dalam keluarga.
Pelajar akan lebih jelas dengan
penerangan yang guru berikan.













Gunakan kertas yang
berwarna-warni untuk
aktiviti kumpulan.
Pelajar melengkapkan
perkataan yang tertinggal
menggunakan huruf polistrin.









Huruf polistrin boleh
digunakan untuk aktiviti
melengkapkan perkataan.
Tekstur yang tidak rata
merangsang deria sentuh pelajar.








Kad gambar yang pelbagai
warna boleh digunakan
sebagai bahan grafik dalam
P&P. Boleh digunakan
sebagai penerangan kepada
pembelajaran ataupun untuk
aktiviti permainan di dalam kumpulan.







Kad huruf juga di buat
menggunakan warna-warna
terang dan menarik. Ia
adalah untuk merangsang
penglihatan pelajar.









Pembelajaran akan lebih menarik dan
terangsang sekiranya guru menggunakan
kaedah 'token'. Pelajar yang berjaya
melaksanakan sesuatu tugasan diberikan
bintang. Di akhir pembelajaran, pelajar yang
berjaya mengumpul bintang paling banyak
akan memperolehi hadiah. Kaedah ini akan
melibatkan pelajar secara aktif semasa P&P.

Keluarga...

Keluarga - Paling asas terdiri daripada ayah, ibu dan anak. Gambar ini dapat menunjukkan emosi gembira di antara mereka sekeluarga.








Datuk dan nenek - orang yang paling tua dalam pokok keluarga kita. Lebih tua daripada ayah dan ibu kita. Sebagai orang muda, kita perlu menghormati mereka.









Sungguh besar keluarga ini. Semua berkumpul menyambut hari raya. Dari datuk, nenek sampai ke cucu...semuanya ada...Bagi sesetengah orang, keluarga adalah segala-galanya..




Lagu sayang semuanya..

satu-satu, saya sayang ibu..

dua-dua, juga sayang ayah..

tiga-tiga, sayang adik kakak...

satu, dua, tiga, sayang semuanya...